Wikipedia

Search results

Friday, 1 January 2016

happy new year!!! (2016)

Assalamualaikum dan salam 1 ummah.

01/01/2016

Hari ini merupakan hari pertama untuk tahun baru 2016. Pelbagai peristiwa serta kenangan telahpun kita tinggalkan bagi tahun 2015. Bagi saya,tahun 2015 merupakan tahun yang mencabar untuk saya kerana ini adalah kali pertama saya mencabar diri saya sendiri untuk bergelar seorang guru tadika.
Mungkin ramai akan berkata,"kerja jadi guru tadika ini mencabarkah?" Ya,profession sebagai guru tadika sangat sangat mencabar kredibiliti saya

Saya melatih diri saya untuk berdepan dengan pelbagai situasi di mana kita sentiasa berhadapan dengan  ragam pelbagai karakter anak-anak.
Anak-anak pada zaman ini merupakan generasi baru yang mana kehidupan mereka telahpun dipenuhi dengan pelbagai teknologi serta gadjet yang canggih. Pengalaman selama setahun menjadi guru tadika ini akan senantiasa tersemat di dalam sanubari saya. Mana tidaknya,keletah anak-anak yang pelbagai selalu mencuit hati naluri saya. Lucu. Comel. Aktif. Bijak. Mereka merupakan 'penghilang stress' yang paling mujarab kerana ada sahaja cara mereka untuk membuat saya tersenyum dan ketawa.

 Di sini lah,saya belajar erti kesabaran  untuk mendidik anak-anak. Daripada segi sahsiahnya,cara pergaulan mereka juga dipantau,cara percakapan mereka juga diberi perhatian .
Sepanjang menjadi guru tadika,saya berpeluang mengikuti pelbagai kursus untuk memantapkan skill perguruan. Alhamdulillah,banyak input yang saya perolehi di setiap kursus yang saya hadiri.

Pada tahun 2015 juga,saya telah mendaftar Truly HIjabi Malaysia dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia(ssm). Ini merupakan percubaan pertama saya untuk menembusi bidang fesyen tanah air dengan rekaan-rekaan yang simple tetapi masih memberikan aura sopan dalam gaya yang ditonjolkan,In sha Allah. Sampai jumpa pada entri yang akan datang.. Assalamualaikum..chill ;)

No comments:

Post a Comment