Wikipedia

Search results

Monday, 4 January 2016

Ayat Al-Quran yang Melapangkan Hati

Assalamualaikum dan salam 1 ummah.. ;)


04/01/2016


Hari ini saya nak berkongsi beberapa ayat Al-Quran yang mampu melapangkan hati dan menhilangkan kesedihan. Manusia sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan. Tetapi harus diingat bahawa setiap dugaan yang dikirimkan untuk kita adalah bersesuaian dengan kemampuan kita, Ini kerana Allah tidak akan menduga hambaNya diluar kemampuan hamba tersebut. Jadi kita sebagai hamba Allah,kita seharusnya berlapang dada dengan setiap ujian yang dikirimkan khas untuk kita. SENYUM dan teruskan kehidupan. Cari jalan penyelesaian. Salah satunya ialah dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Saya kongsikan semula hasil carian saya di dalam buku Siri Keberkatan Al-Quran  karya Saudara Muhammad Al-Sayim.

Antaranya ialah

1) Surah An-Nas
   Untuk mengelakkan bisikan kejahatan daripada syaitan laknatullah. Syaitan umpama jerat yang tidak pernah melupakan pelanduk. Jadi kita sebagai manusia haruslah senantiasa berwaspada.

2) Surah Yunus (ayat 57-58)
  Untuk mendapat anugerah Allah yang terbesar. Kita haruslah yakin bahawa Al-Quran adalah syifa' (ubat) sebenar bagi manusia.

3) Surah Ar-ra'ad(ayat 28-29)
  Zikir untuk melapangkan hati.

4) Surah Al-Baqarah (ayat 285-286)
  Ayat yang mencukupkan segala sesuatu yang kita perlukan.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat untuk kita semua. Harapan saya,semoga kita terus istiqamah dalam mengejar redha Ilahi . Amiin

Sekian dahulu untuk entri kali ini.. assalamualaikum..chill ;)



No comments:

Post a Comment