Wikipedia
Search results
Tuesday, 15 December 2015
terkadang aku alpa..
Kadang aku terlena,
Kadang aku terjaga,
Kadang aku bermimpi,
Kadang aku sedari,
Kadang aku dilamun,
Kadang aku bangun,
Kadang aku sakit,
Kadang aku bangkit,
Kadang aku sendiri,
Kadang ada yang menemani,..
Namun Engkau tetap teguh
Dan Engkau tetap utuh,
Kerana aku sedar imanku kadang rapuh
Tiada pernah benar ampuh.
Hanya sekadar coretan insan nan lemah,
Namun aku cuba kembali gagah,
Menyusun langkahku segenap arah.
Menyemai percayaku pada Rabb yang Maha Indah.
coretan insan kerdil,
NUR AKLA UZIR.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment