Wikipedia

Search results

Tuesday, 15 December 2015

REZEKI itu terlalu UNIVERSAL..

Assalamualaikum..salam 1 ummah.

15/12/2015

Hari ini izinkan saya berkongsi pandangan serta pendapat mengenai rezeki.
Bila kita menyebut tentang rezeki,ianya merupakan satu topik yang sangat luas untuk dibicarakan..
Rezeki itu meliputi segala yang ada di bumi ini.. Kekayaan itu rezeki,kesenangan itu juga rezeki. Kesihatan itu rezeki, Namun jangan kita lupa,sakit itu juga rezeki..untuk kita mengenal betapa seronoknya saat kita tidak dilanda apa-apa penyakit.Kemiskinan?? bagi saya ianya juga rezeki untuk si penerima. Rezekinya untuk belajar cara agar lebih memajukan diri.


Begitu juga dengan UJIAN.  Ujian itu tidak hanya meliputi yg sakit2 sahaja,yg susah2 sahaja.. ia meliputi secara keseluruhan iaitu,sakit itu ujian,sihat itu ujian,susah itu ujian,senang juga ujian, Miskin itu ujian,kaya juga ujian. Kita hidup di Muka Bumi Allah ini sememangnya diuji setiap masa. Agar kita tidak mudah alpa dengan keseronokkan yang baru sahaja kita kecapi. In sha Allah.

Sampai jumpa pada entry seterusnya. Chill :)




No comments:

Post a Comment