Wikipedia

Search results

Tuesday, 15 December 2015

terkadang aku alpa..



Kadang aku terlena,
Kadang aku terjaga,
Kadang aku bermimpi,
Kadang aku sedari,
Kadang aku dilamun,
Kadang aku bangun,
Kadang aku sakit,
Kadang aku bangkit,
Kadang aku sendiri,
Kadang ada yang menemani,..


Namun Engkau tetap teguh
Dan Engkau tetap utuh,
Kerana aku sedar imanku kadang rapuh
Tiada pernah benar ampuh.


Hanya sekadar coretan insan nan  lemah,
Namun aku cuba kembali gagah,
Menyusun langkahku segenap arah.
Menyemai  percayaku pada Rabb yang Maha Indah.


coretan insan kerdil,

NUR AKLA UZIR.

REZEKI itu terlalu UNIVERSAL..

Assalamualaikum..salam 1 ummah.

15/12/2015

Hari ini izinkan saya berkongsi pandangan serta pendapat mengenai rezeki.
Bila kita menyebut tentang rezeki,ianya merupakan satu topik yang sangat luas untuk dibicarakan..
Rezeki itu meliputi segala yang ada di bumi ini.. Kekayaan itu rezeki,kesenangan itu juga rezeki. Kesihatan itu rezeki, Namun jangan kita lupa,sakit itu juga rezeki..untuk kita mengenal betapa seronoknya saat kita tidak dilanda apa-apa penyakit.Kemiskinan?? bagi saya ianya juga rezeki untuk si penerima. Rezekinya untuk belajar cara agar lebih memajukan diri.


Begitu juga dengan UJIAN.  Ujian itu tidak hanya meliputi yg sakit2 sahaja,yg susah2 sahaja.. ia meliputi secara keseluruhan iaitu,sakit itu ujian,sihat itu ujian,susah itu ujian,senang juga ujian, Miskin itu ujian,kaya juga ujian. Kita hidup di Muka Bumi Allah ini sememangnya diuji setiap masa. Agar kita tidak mudah alpa dengan keseronokkan yang baru sahaja kita kecapi. In sha Allah.

Sampai jumpa pada entry seterusnya. Chill :)




Wednesday, 9 December 2015

darjat WANITA dalam ISLAM.

ASSALAMUALAIKUM DAN salam 1 ummah.


perkongsian kali ini ialah mengenai darjat seorang wanita,gadis,berkahwin dan secara umumnya,perempuan.

saya tidak dapat mengupas tentang isu ini secara meluas dan universal kerana ianya merupakan isu yang sangat  sensitif untuk dibahaskan. terlalu banyak pandangan serong masyarakat mengenai wanita abad ini. Alhamdulillah..mereka kini mampu bersaing  sengit di antara satu sama lain.


wanita. satu unsur positif didalam rahim setiap perempuan suci tanpa secalit dosa. itulah perspektif wanita yg sebenar. tidak hairan dewasa ini,rmai wanita gemar berbaju turqoise kerana ianya melambangkan satu unsur percampuran budaya serta etnik dalam kalangan masyarakat majmuk masa kini,...

saya,berdarah campuran banjar,jawa dan melayu pinang. asal keturunan dari kalimantan indonesia,banjarmasin.

sekian dahulu ya entri kali ini. ulun handak bulikn dahuluk  ka dalam rumah. handak guringan. assalmualaikum...... tata chilled! :)


Tuesday, 8 December 2015

kolam air panas

assalamualaikum dan salam 1 ummah.

hello there...

entry kali ini membantu in shaallah  untuk anda  kembali cergas selepas pulang dari your  workplaces.'

do u ever go to the hotspring?? saya  pernah ke sungkai perak bersama ahli keluarga hjh hindon  saya..
namun utuk kesana lgi,mgkin memerlukan masa yg agak lama memandangkan saya tinggal di johor bahru.

jadi,hari ini saya kongsikan cara anda untuk membuat 'kolam' air panas dirumah untuk rendaman kaki dan tangan.

sediakan air suam didalam bekas yg anda inginkan. kemudian titiskan minyak aroma terapi dan beberapa sudu garam.

 sekian dahulu..stay chilled baby..bubbye


Sunday, 6 December 2015

assalamualaikum..salam 1 ummah.

Mendapat khabar berita kehilangan Seorang Tunku Laksamana Johor buat selamanya.
Namun semangat juang nya akan tetap bersemadi dihati setiap rakyatnya dan youth GENERATION. as a young geneY,we should carry on his spirit with us. May Allah take you to the great place tj..
Amiiin.

Wednesday, 2 December 2015

11 golongan yang di doakan malaikat

ASSALAMUALAIKUM & salam 1 ummah .. ;)


2/12/2015

Hari ini izinkan saya berkongsi sedekit perkongsian daripada buku yang saya baca iaitu 11 Golongan yang Di Doakan Malaikat.(walid faruqi)

Seseorang muslim itu harus seimbang dalam menjaga hubungan 'hablun minallah dan halun minannaas'..   di dalam surah Al-Imran ayat 112 bermaksud :-

"mereka diliputi kehinaan di mana sahaja mereka berada,kecuali pada mereka yang berpegang kepada tali Allah dan tali(perjanjian) dengan manusia... "

Untuk ulangkaji dri sendiri, saya sertakan sekali senarai nama malaikat yang wajib umat Islam beriman dengannya serta tugasan masing-masing :

1) JIBRIL - menyampaikan wahyu

2) MIKAIL - menguruskan rezeki dan menurunkan hujan

3) IZRAIL - mencabut roh

4) ISRAFIL - meniup sangkakala ketika tiba hari kiamat

5) MUNKAR - menyoal si mati di alam barzakh

6) NAKIR - menyoal si mati di alam barzakh

7) RAQIB - mencatat amalan kebaikan manusia

8) ATID - mencatat amalan keburukan manusia

9) RIDHUAN - penjaga syurga

10) MALIK - penjaga neraka

Siapa pula yang dikatakan golongan yang didoakan oleh para malaikat?? adakah kita semua tergolong di dalam golongan mereka yang didoakan malaikat? Berikut saya sertakan 11 golongan tersebut :-

a) orang yang tidur dalam keadaan bersuci

b) orang yang ternanti-nanti wakt solat

c) berada dalam saf hadapan(lelaki)

d)mengucapkan 'amiin' bertepatan dengan 'amiin' para malaikat

e) orang yang memenuhkan saf

f) orang yang duduk ditempatnya selepas solat

g) orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjemaah.

h) orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yg didoakan.

i) orang yang memberi infaq

j) orang yang sedang makan sahur

k) orang yang melawat orang sakit.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk semakin mendekatkan diri kepada Ilahi,Rabb yang Sejati. Amiin..in sha allah, Sekian dahulu untuk entry kali ini... ;)







Monday, 30 November 2015

Cara membuat minuman kesihatan sendiri

Assalamualaikum dan salam 1 ummah ;)


Entry saya pada petang ini adalah berkenaan dengan minuman kesihatan. Apa itu minuman kesihatan?jika ditanya  soalan ini,semestinya ramai yang akan memberikan pandangan masing-masing.

Sebagai gadis n wanita pula,lambakan minuman kesihatan yang tersedia di pasaran semestinya menjadi pilihan anda untuk tampil lebih cergas sepanjang hari. Namun,bagi saya pula,saya lebih menggemari minuman kesihatan yang saya olah sendiri atau orang dulu-dulu memanggilnya sebagai jamu.

Bahan nya sangat mudah. :

1) Satu cawan Air Suam

2) Kunyit (sebesar ibu jari)

3) Asan jawa (1/2 genggam)

4) Gula secukup rasa


Cara-caranya ialah:

a) Tumbukkan kunyit sehingga hancur

b) Gaul asam jawa bersama air suam

c) campurkan campuran air asam jawa bersama kunyit tadi

d) campurkan sedikit gula.

Antara kebaikan ialah,ia membantu membuang bau-bau badan,dan mampu melancarkan perjalanan haid wanita. Sesuai diminum untuk semua golongan (gadis & berkahwin)

Sunday, 29 November 2015

how to earn extra money? tips untuk menjana pendapatan sampingan.

Assalmualaikum dan salam 1 ummah.. ;)


   Hari ni saya nak kongsikan beberapa tips untuk menjana pendapatan sampingan. Sekarang ni tahu2 je lah,ekonomi semakin meningkat,kos sara hidup pun masyaallah,susah untuk diperkatakan.

Jadi untuk semua yang ingin menambah pendapatan,x kira lah students u ke,pekerja sektor kerajan or swasta ke,or  sape2 je boleh melakukuan bermula selepas anda tamat membaca entry ini

Tips ini saya kongsikan semula hasil daripada carian saya di laman PINTEREST.

1) Write online to make extra money.
 
2) Become a photographer for extra money (freelance)
  -kalo yang ade DSLR tu,ha boleh gunakan sebaik mungkin utk jadi punca rezeki. Sambilan katanya.
   boleh ambil gambar baby shower ke,member tunang ke,pre-wedding ker..janji anda mahir dalam proses editing.

3) Teaching another language
    -jadi guru bahasa or buka kelas tuisyen dirumah .

4) Be a part time tutor
   - Boleh minta jawatan tutor separuh masa di pusat2 tuisyen berdekatan. payment boleh tahan taw, sekali datang dalam RM40-50.



Asslamualaikum n selamat pagi!! Ape khabar awak semua hari ni? well pagi ni dah kne update blog lah yer..since dah ade blog ni..huhuhu perasan habis ayat i.. 

awak2 selalu x mnum green tea? kalo saya suke lipton clear green tea..sbb die x bape pahit sangat. so far ok lah mnum green tea..saya  minum dah lebih 7 tahun rasenye.. dulu minum brand lain. 
Effect kepada diri saya? hm..for sure kulit kita bersih daripada sebarang jer jerawat.. nak kate flawless sangat tu,x jugak..cume bile kita konsisten minum green tea,kita akan rasa sendiri hasil dia...

saya suka minum green tea ni masa dia tengah suam2 camtu..sebab tak rasa pahit sangat..hehee..

saya sertakan sekali beberapa benefit green tea untuk sama2 kita manfaatkan,k. sampai jumpa lagi utk entry seterusnya.. assalamualaikum..!  chill ;) 



Saturday, 28 November 2015

Believe in Yourself.. :)

 
Assalamualaikum.. hyee there.. tq for click entry saya malam ni,,,

Malam ni saya nak berkongsi sikit tentang latar belakang saya.... Nama penuh saya ialah Siti Nur Akla binti Uzir..berusia 25 tahun pada 6.december.2015 ni.. Saya merupakan anak sulung daripada 2 beradik.. Nama adik saya? Muhammad Haikal bin Uzir. Mak saya? Siti Norjanah binti Boseri..

Saya dilahirkan daripada keluarga yang serba sederhana..tinggal di johor bahru.. Kenapa saya katakan believe in yourself??

Kalau anda semua nak tahu,kelulusan tertinggi saya ialah SPM.. pelbagai rintangan dan cabaran yang saya lalui selepas tamat spm dulu.. after spm,after got the result,saya di tawarkan untuk meneruskan pengajian di UiTM Jengka,Pahang. Dari saat itulah,bermulalah journey saya yang sangat sukar,pahit jerih dan keringat yang saya keluarkan,kesedihan, dan segala macam perasaan yang x dpat saya ungkap dengan penulisan ini. Saya tidak berpeluang untuk menamatkan diploma saya dengan jayanya di atas faktor kesihatan.

Kalau awak semua nk tahu,saya pernah bekerja di pelbagai sektor. Customer service pernah,admin pernah,kerani am pernah n macam2 lg lah..kebetualn mak n abah saya berniaga. Jadi sayalah cashier diorang..hihihi..

Mungkin ramai di luar sana tidak berpeluang menamatkan pengajian kalian dengan jayanya,betulkan? its not going on smoothly just like your friends did..  right?? tp..jangan pernah menyesali dengan takdir hidup awak semua.. Saya teruskan tekad,saya bulatkan azam n semangat saya..saya selalu berpesan kepada diri saya.. INI ADALAH HADIAH untuk saya terima dengan rela hati,,kerana itu,saya tabah hadapi segalanya.

Baru2 ini,saya didiagnose menghidapi cancer. Allah...satu lg Hadiah untuk saya yang Allah kirimkan khas untuk hamba2Nya. Saya masih seperti dulu.. sedih dengan berita itu,itu satu Fitrah sebagai manusia. Namun,saya teruskan rawatan,terapi dan apa sahaja sehingga Alhamdulillah,cancer yg saya hidapi hampir2 sembuh sepenuhnya. Saya teruskan kehidupan walaupun kadangkala ada yg bertanya,"ada spm je,boleh ke mana je akla??".. huhuhu..saya cakap ,setiap orang rezeki berbeza.

Dan sebagai Hamba di muka bumi Allah ini,saya tetap akan teruskan perjuangan untuk menjadi khalifah yang baik..kerana manusia diciptakan sebagai sebaik2 ciptaan oleh Rabb yang Maha Kuasa. Hanya kita sahaja  yang perlu berfikir,bagaimana yg dikatakan KHALIFAH? sama2 kita renungkan k... salam sayang dari saya,akla utk anda semua pembaca entry ini.

Assalamualaikum,chill ;)


Friday, 27 November 2015

moment terindah dalam hidup sayer... chill.. ;)

Hari ini adalah hari pertama saya mnulis blog..  xpernah terlintas untuk saya mempunyai blog sendiri,, kire macam jakun jugaklah sebenarnye. Sblum ni dok bace blog2 orang lain..hari ni saya harap ade yg sudi  bace entri saya yg pertame ni.. chill ;)


27/11/2015.

Hari ni kan abang posmen datang umah anta parcel saya yg saya order aritu.... patutnye dah smpai lme dah..tp disebabkn hal yg xdpt lah saye nk elakkn,jd terReturn semula kat seller saye tu... dipendekkan cerita,barang ape yg  saya order tu???? jeng jeng jeng..tarra!!!



ini lah die..label yg sy tempah dah sampai...:) awak semua nk tahu x..ni lah impian saya sekian lame taw..saye nk ade #bizproject sendiri  . Happy nye Allah je yg tahu.. :) Padehal baru label je yg sampai..hihihihi...

ok lah..sampai jumpe pada entry akan datang..tata semua! jaga diri,jaga akal,jaga hati,jaga IMAN. assalamualaikum..chill ;)