Wikipedia

Search results

Saturday, 28 November 2015

Believe in Yourself.. :)

 
Assalamualaikum.. hyee there.. tq for click entry saya malam ni,,,

Malam ni saya nak berkongsi sikit tentang latar belakang saya.... Nama penuh saya ialah Siti Nur Akla binti Uzir..berusia 25 tahun pada 6.december.2015 ni.. Saya merupakan anak sulung daripada 2 beradik.. Nama adik saya? Muhammad Haikal bin Uzir. Mak saya? Siti Norjanah binti Boseri..

Saya dilahirkan daripada keluarga yang serba sederhana..tinggal di johor bahru.. Kenapa saya katakan believe in yourself??

Kalau anda semua nak tahu,kelulusan tertinggi saya ialah SPM.. pelbagai rintangan dan cabaran yang saya lalui selepas tamat spm dulu.. after spm,after got the result,saya di tawarkan untuk meneruskan pengajian di UiTM Jengka,Pahang. Dari saat itulah,bermulalah journey saya yang sangat sukar,pahit jerih dan keringat yang saya keluarkan,kesedihan, dan segala macam perasaan yang x dpat saya ungkap dengan penulisan ini. Saya tidak berpeluang untuk menamatkan diploma saya dengan jayanya di atas faktor kesihatan.

Kalau awak semua nk tahu,saya pernah bekerja di pelbagai sektor. Customer service pernah,admin pernah,kerani am pernah n macam2 lg lah..kebetualn mak n abah saya berniaga. Jadi sayalah cashier diorang..hihihi..

Mungkin ramai di luar sana tidak berpeluang menamatkan pengajian kalian dengan jayanya,betulkan? its not going on smoothly just like your friends did..  right?? tp..jangan pernah menyesali dengan takdir hidup awak semua.. Saya teruskan tekad,saya bulatkan azam n semangat saya..saya selalu berpesan kepada diri saya.. INI ADALAH HADIAH untuk saya terima dengan rela hati,,kerana itu,saya tabah hadapi segalanya.

Baru2 ini,saya didiagnose menghidapi cancer. Allah...satu lg Hadiah untuk saya yang Allah kirimkan khas untuk hamba2Nya. Saya masih seperti dulu.. sedih dengan berita itu,itu satu Fitrah sebagai manusia. Namun,saya teruskan rawatan,terapi dan apa sahaja sehingga Alhamdulillah,cancer yg saya hidapi hampir2 sembuh sepenuhnya. Saya teruskan kehidupan walaupun kadangkala ada yg bertanya,"ada spm je,boleh ke mana je akla??".. huhuhu..saya cakap ,setiap orang rezeki berbeza.

Dan sebagai Hamba di muka bumi Allah ini,saya tetap akan teruskan perjuangan untuk menjadi khalifah yang baik..kerana manusia diciptakan sebagai sebaik2 ciptaan oleh Rabb yang Maha Kuasa. Hanya kita sahaja  yang perlu berfikir,bagaimana yg dikatakan KHALIFAH? sama2 kita renungkan k... salam sayang dari saya,akla utk anda semua pembaca entry ini.

Assalamualaikum,chill ;)


3 comments:

  1. salam akla..be strong dear..semoga diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki..

    ReplyDelete